Wednesday, February 20, 2008

Triple Power Learning



Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Salah satu kaedah meningkatkan kekuatan mental dan fizikal diri seseorang adalah keberkesanan Pengurusan Emosi yang menjadi tunggak dalam segala aktiviti dalaman dan luaran manusia. Kekuatan IQ dan pengaruh pengalaman tidak dapat membantu diri seseorang untuk terus maju ke hadapan tanpa memahami Pengurusan Emosi.

Demi untuk meningkatkan kecemerlangan diri, TPL menawarkan kursus-kursus yang berkaitan KEPINTARAN EMOSI yang menjadi asas kepada sistem penyampaian kami. Bergiat cergas selama 15 tahun di dalam bidang pembangunan Modal Insan terutama di dalam bidang kerohanian dan emosi.